
Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)
* KANSER PAYUDARA
apakah kanser payudara? kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara.
kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.
Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:
* Lobus yang menghasilkan susu
* Duktus yang menghantar susu ke puting
* Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
Biasanya, kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.
JENIS2 KANSER PAYUDARA:
Kanser Duktus
Kanser payudara yang paling biasa berlaku ialah kanser duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Kanser lobular pula bermula dari lobus atau lobul. Kanser jenis ini selalunya terdapat di beberapa tempat dalam payudara.
Kanser payudara inflamasi pula merupakan kanser payudara yang jarang-jarang berlaku.
Kanser Payudara Inflamasi
· Adalah sejenis kanser payudara yang khusus dan jarang berlaku. Payudara tersebut kelihatan seperti mengalami keradangan disebabkan oleh warnanya yang kemerahan dan keadaannya panas. Kulit payudara kelihatan menggerutu dan berbintil-bintil. Kanser payudara jenis ini cepat merebak.
Kejadian Semula
· Kejadian semula ini bermaksud kanser tersebut muncul kembali setelah dirawat. Ia mungkin tumbuh dalam payudara, tisu lembut di dada ataupun di bahagian lain-lain dalam badan.
APAKAH YG MENYEBABKAN KANSER PAYU DARA?
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payudara.
Walau bagaimana pun doktor2 berpendapat faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
~ Usia meningkat. - Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara
~ Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
~ Telah mendapat kanser pada satu payudara.
~ Mula datang haid awal (sblm umur 12 thn) atau putus haid lewat (selepas umur 50 thn) - risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda.
~ Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur
melebihi 30 tahun.
~ Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
~ Jantina - (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita
~ Riwayat kanser payudara - Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
~ Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
~ Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku. Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda.
~ Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian tlh menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payudara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol tlh membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
~ Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
~ Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.
Walau bagimana pun mempunyai faktor risiko tidak bererti anda tentu akan menghidapi penyakit kanser payudara! Risiko seseorang individu terhadap kanser payudara tidak boleh ditentukan dengan tepat di mana terdapatnya faktor-faktor lain seperti tabiat pemakanan, paras aktiviti harian, dan riwayat keluarga yang boleh mempengaruhi risiko tersebut.
PERINGKAT-PERINGKAT KANSER PAYU DARA
Peringkat I
Ketumbuhan (tumor) berukuran kurang dari 2 sm (lebih kurang 1 inci) dan masih belum merebak keluar dari payudara.
Peringkat II
Termasuklah salah satu dari yang berikut:
** Tumor berukuran kurang dari 2 sm. tetapi telah merebak ke nodus limfa di
bawah lengan
** Tumor berukuran 2-5 sm (1 - 2 inci) yang mungkin telah ataupun belum
merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
** Tumor yang berukuran lebih daripada 5 sm. (lebih daripada 2 inci) tetapi masih
belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
Peringkat III - (dibahagikan kepada peringkat IIIa dan IIIb)
Peringkat IIIa
Merupakan salah satu daripada yang berikut:
** Tumor yang lebih kecil daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di
bawah lengan. Nodus limfa tersebut telah melekat sesama sendiri ataupun
melekat dengan struktur lain.
** Tumor yang lebih besar daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di
bawah lengan
Peringkat IIIB
Terdiri dari salah satu daripada jenis berikut:
** Tumor telah merebak ke tisu di sekitar payudara (kulit atau dinding dada, termasuklah tulang rusuk dan otot di kawasan dada)
** Tumor tlh merebak ke nodus limfa, dalam dinding dada di spjg tulang dada.
Peringkat IV
** Tumor tlh merebak ke organ-organ lain, biasanya tulang , paru-paru, hati atau
otak Atau
** Tumor telah merebak ke kulit dan nodus limfa di leher, berdekatan dengan
tulang selangka.
BAGAIMANA KANSER PAYU DARA MEREBAK?
Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut:
- Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat.
Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
- Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
- Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah
berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini,
sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik
dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
- Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payudara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telah pun merebak atau mengalami metastasis.
TANDA2 AWAL KANSER PAYU DARA
# Tanda Pada Puting -
Perubahan dilihat pada payudara atau puting dr segi saiz dan bentuk
· Puting berdarah (jarang berlaku)
· Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada ecxema. Sila
jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
· Puting tertarik/terperosok ke dalam
Puting tertarik/terperosok kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor.
# Perubahan dr segi saiz
# Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak.
Keterangan: Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payu dara
# Permukaan kulit kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.
# Ketulan/tumbuhan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting. Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah
# Tanda pd lengan
ketulan atau bengkak di sekitar ketiak
# Rasa Sakit
Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat. Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang
JADI APA YG ANDA PERLU BUAT UTK MENCEGAH KANSER PAYU DARA?
Kanser payudara adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut. Dengan mengesan awal, pesakit kanser memperolehi 95% untuk sembuh. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Wanita yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. Pemeriksaan mamografi awal perlu dilakukan apabila mencapai umur antara 35 hingga 40 tahun. Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang. Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. Pemeriksaan mamografi rutin perlu dijalankan setiap tahun bagi wanita yang telah berumur 50 tahun ke atas. Wanita berumur 40-49 tahun perlu berjumpa doktor untuk menentukan keperluan menjalani mamografi.
BILA MESTI BUAT PSP?
Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
BAGAIMANA MELAKUKAN PSP?
Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.
Jika anda sudah tiada haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang anda boleh pilih untuk melakukan pemeriksaan ini. Lakukan salah satu daripada kaedah-kaedah di bawah yang anda rasa paling selesa.
>> Kaedah 1
Berdiri di hadapan cermin
Cekak pinggang, tekan tutun perlahan2 ke bwh utk menegangkan otot dada dan menolak payu dara ke hadapan
Perhatikan dgn teliti perubahan dr segi saiz, warna kontur setiap payudara. Lihat juga samada terdpt kedutan, lekukan atau puting tersorot ke bwh
Angkat kedua2 tgn ke atas kepala. Pusing perlahan2 dr sisi kanan ke sisi kiri
Sekali lg perhatikan perubahan pd payudara
Sambil memerhatikan di cermin, perlahan2 picit kedua2 puting dan perhatikan samada terdpt lelehan keluar. Periksa samada lelehan tersebut jernih atau mengandungi darah
>> Kaedah 2
Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP sewaktu mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.
Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas.
Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan
>> Kaedah 3
Dalam kaedah ini, periksa payudara anda sewaktu berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.
Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.
Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.
Ulangi langkah-langkah yang sama pada payudara sebelah kiri...
KENAPA KANSER PAYUDARA MENINGKAT?
Menurut Majlis Kanser Malaysia (Makna) puncanya ialah: Perubahan gaya hidup, persekitaran, makanan dan cara pemprosesannya serta tekanan hidup. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad juga tidak menolak pandangan bahawa peningkatan kanser payu dara ketika ini mempunyai kaitan dengan gaya hidup wanita moden yang memilih untuk tidak menyusukan anak.
PESANAN ISTIMEWA
Pengesanan awal kanser payudara bukanlah tanggungjawab kaum wanita semata-mata. Kaum lelaki selaku ketua keluarga, abang atau teman lelaki yang prihatin perlu memainkan peranan penting untuk menggesa insan tersayang di dalam keluarga mereka menjalankan pemeriksaan mamografi.
Kaum lelaki di negara kita seharusnya lebih bertimbangrasa dengan lebih sensitif terhadap kesihatan pasangan mereka. Kesibukan mencari rezeki dan menguruskan keluarga yang terbeban di bahu kaum wanita di negara kita seharusnya perlu direnungkan kembali. Sebagai tanda penghargaan terhadap isteri, ibu atau adik perempuan mereka, kaum lelaki diseru agar mereka dapat memujuk dan membiayai kos bagi menjalani pemeriksaan mamografi pasangan dan wanita yang mereka kasihi.
Akhir kata saya menyeru agar semua kaum lelaki di negara kita bersama-sama berganding bahu membantu dan menyokong usaha kerajaan supaya wanita di negara kita menjalani pemeriksaan mamografi.
