tEraTaK kEciL Qu..., mEngHimPuN 1001 cEriTa, mEngUaK raSa jiWa, bErkoNgsi apa jua :-)

aiE_wHa's posts with tag: gebuk mentelaah..

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag gebuk mentelaah..
Blog EntrybErbeZa peNdaPat bUkaN beRmaKna tiDaK sePakaTMay 25, '08 2:13 AM
for everyone

“APA yang saya kata semuanya betul, kata-kata awak tadi semuanya salah!”

Jika inilah cara seseorang memberi dan menerima pandangan orang lain dalam interaksi seharian, di penghujungnya dia hanya mempunyai ramai musuh berbanding kawan. Apatah lagi hendak mencari seorang pendengar yang baik, belum tentu ditemuinya.

Kita sentiasa berhadapan dengan jawapan “ya” atau “tidak” terhadap buah fikiran yang dilontarkan, sama ada dalam wacana ilmu, dakwah atau pun sekadar perbualan seharian. Muslim yang bijaksana tidak harus cepat melatah dengan jawapan-jawapan negatif yang diterimanya. Janganlah cepat membuat andaian dan sangkaan buruk terhadap individu tersebut, sekiranya pandangannya tidak memenuhi kehendak kita.

Kepelbagaian pendapat adalah sesuatu yang lumrah dan ia wujud bersama-sama kepelbagaian bangsa, bahasa dan jenis ilmu serta pengalaman yang diperoleh. “Tidak” terhadap pandangan anda bukanlah bermaksud individu tersebut membenci atau merendah-rendahkan idea-idea anda.

Terdapat beberapa kaedah bagaimana berhadapan dengan kepelbagaian pendapat dalam proses interaksi manusia seharian, dan bagaimana anda hendak menyampaikan pandangan yang berbeza secara berkesan:

1. Ketahui latar belakang individu yang mengeluarkan pandangan itu.

Presiden Yayasan Penyelidikan Islam Antarabangsa, Louisville, Amerika, Dr. Ibrahim Syed menyarankan agar dalam berhadapan dengan kepelbagaian pendapat, seseorang harus melihat siapakah individu yang mengeluarkan pandangan tersebut, sama ada beliau mempunyai autoriti ilmu untuk mengatakannya. Adakah beliau seorang radikal, cepat melatah, sukar menerima pandangan baru atau mempunyai pengalaman yang buruk terhadap isu yang dibincangkan.

2. Kebenaran dalam sesuatu pandangan mempunyai tempoh matangnya.

Nabi Muhammad s.a.w. menerima penolakan yang cukup lama dalam menyampaikan kebenaran, sehinggalah Baginda berjaya menyedarkan masyarakat Jahiliah bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Sejarah membuktikan terdapat individu-individu yang tidak popular lantaran kebenaran yang cuba disampaikan kepada masyarakat ketika itu bertentangan dengan idea dan pendapat mereka.
Ibn Sina, Al-Biruni, Ar-Razi, Ibn Nafis, Ibn Haythem, Socrates, Galileo, Newton dan Einstein menerima penolakan dalam bidang masing-masing, sehinggalah ia diakui oleh masyarakat hari ini.

3. Berbeza pendapat dalam komuniti adalah ciri masyarakat bertamadun.

Islam tidak mengajar pendekatan diktator dalam interaksi. Malah dalam hal yang bersangkut paut dengan perbezaan agama dalam sebuah masyarakat majmuk, dialog adalah perkara yang digalakkan. Dalam sirah Rasulullah dikisahkan bagaimana gerombolan Nasrani datang ke Madinah, dan berinteraksi dengan Baginda berkenaan isu-isu ketuhanan di Masjid Nabawi sehinggalah pengislaman sebahagian mereka. Keterbukaan Rasulullah membincangkan isu tersebut dengan membuka peluang untuk mereka menyatakan pandangan mereka, dan mesej Islam disampaikan selepas itu untuk menjelaskannya, membuktikan dua pandangan yang berbeza dapat diserasikan atas satu jalan kebenaran, apabila dilakukan dengan cara yang betul.

4. Memahami mengapa perbezaan tersebut berlaku.

Penerbit siri Opposing Viewpoints, David L. Blender dari San Diego, California mengatakan, “Untuk mendapatkan kefahaman yang betul tentang pandangan seorang individu, adalah penting untuk memahami apakah titik punca ketidaksetujuannya”. Kita boleh mengatakan, tanpa memahami titik punca itu juga tidak memahami apa yang ingin disampaikannya sendiri. Perbezaan pendapat tetap berlaku tetapi terdapat juga persamaan yang perlu diakui kedua-dua pihak. Persamaan tersebut harus diterima dan memfokus kepada isu yang belum mencapai kata sepakat.

5. Jangan bermula dengan andaian, dengarlah terlebih dahulu.

Sangkaan bahawa orang lain silap dan diri sentiasa betul, adalah tindakan yang perlu dikawal kerana ia akan membuat diri bersikap tuli terhadap apa sahaja yang dikatakan oleh individu tersebut. Bersikap terbuka dalam menilai setiap pandangan, dan jadilah pendengar yang baik. Hikmah lebih banyak mendengar berbanding berkata-kata, menjadikan anda mempelajari lebih banyak mengenainya.

6. Jangan terburu-buru untuk marah dan melenting, bersabarlah.

Marah bukan sahaja membuatkan seseorang berkata-kata dengan suara yang keras dan menghukum, malah pada masa yang sama mengurangkan keceriaan wajah dengan kerut-kerut kebengisan yang terpamer di muka. Ada keadaan yang membawa kepada perasaan sedemikian, mungkin ia sekadar untuk menguji sikap anda oleh individu tersebut.

7. Membuat kenyataan-kenyataan yang melampau-lampau tidak akan membantu.

Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul. Acapkali kecenderungan individu membesar-besarkan sesuatu perkara dengan kenyataan-kenyataan yang aneh dan ganjil untuk memenangkan pendapatnya. Penipuan dilakukan untuk menutup pandangan individu yang mendengar. Bersikap sederhana dalam memberi pandangan dan katakanlah sesuatu yang tidak melampaui saranan al-Quran dan sunah.
Meskipun individu tersebut tidak menerima pandangan anda, sekurang-kurangnya tindakan anda berkata benar akan menimbulkan rasa hormat dan akan membuatnya berfikir kelak.

8. Kepercayaan hanya satu cara terbaik, akan menjarakkan perpaduan.

Dalam gerakan-gerakan Islam, satu perkara yang perlu dijauhi ialah mempercayai bahawa gerakan Islam yang disertainya adalah satu-satunya yang terbaik, bukannya kelompok-kelompok yang lain. Wujudlah penolakan dan jarak dalam semangat persaudaraan. Setiap gerakan Islam harus sentiasa belajar dan berkongsi persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Kebanyakan gerakan Islam di dunia lahir daripada kemahiran yang berbeza, misalnya satu gerakan memfokuskan usaha dakwah melalui usaha-usaha kemanusiaan, satu lagi dalam bidang sains dan teknologi, begitulah seterusnya


Blog EntrysEbaiK-baiK tEmaN aDaLaH haTiMay 8, '08 12:48 PM
for everyone

“Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda”

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”

Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”

Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.

Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.

Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.


Blog Entry5 eTiKa meNGkriTiKApr 3, '08 12:50 PM
for everyone

Jika anda berasa kurang senang terhadap seseorang dan ingin memberitahunya, elakkan dari bersikap melulu/terburu-buru. Kenali dahulu 5 etika mengkritik agar kritikan itu dapat diterima secara positif. Kata orang, nak komen pun biar kena caranya. Barulah orang tak sakit hati.

5 ETIKA MENGKRITIK

1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan anda akan   memalukan dirinya, dan dianggap tidak profesional, malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.

2. Cuba mulakan teguran anda dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu.

3. Ciptakan suasana ‘bersahabat’ sebelum anda memulakan ’serangan’.

4. Kritik hanya pada tindakan/perbuatan/perangai, bukan orangnya.

5. Ikhlas ketika mengkritik. Bukan untuk menunjukkan kuasa atau siapa lebih pandai.


ReviewReviewReviewgaNdHi..Oct 19, '07 11:40 AM
for everyone
Category:Other
Mahatma Gandhi dalam Young India, 1922 memberikan komentarnya tentang Islam sebagaimana berikut :

“Saya ingin mengetahui tentang manusia paling berpengaruh dalam hati jutaan umat manusia … Saya semakin bertambah yakin bahkan kemenangan yang didapat oleh Islam pada masa-masa itu bukanlah dari ayunan pedang.

Kemenangan itu hasil dari kesederhanaan Nabi yang gigih, keikhlasan Nabi yang telah mencapai puncaknya, kehati-hatian terhadap semua amanat yang diembannya, pengabdian yang mendalam terhadap para sahabat dan pengikutnya, keberaniannya, ketidaktakutannya, keyakinan yang sempurna terhadap Tuhan dan misinya.

Inilah semua dan bukanlah jalan pedang yang mengatasi semua halangan-halangan itu. Ketika saya menyelesaikan Bab ke-dua dari biografi sang Nabi, saya menyesal: sudah tidak ada lagi kehidupan agung lain yang bisa saya pelajari.”



© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help