aiE_wHa's posts with tag: isu-isu kesihatan
 Kebersihan kuku sangatlah penting bagi kita, selain untuk menjaga keindahan tangan dan kaki, juga dapat menjaga kesihatan. Kuku lemah, selalunya disebabnya oleh keturunan dan penyakit. Kuku harus senantiasa dijaga bersih, kering dan pendek.
1. Sapu kuku dengan lotion atau minyak pelembap pada setiap malam sebelum tidur. Ini akan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat.
2. Kuku seharusnya dipotong pendek dan serata supaya tidak mudah terkait kepada kain atau benda yang mengakibatkan kuku patah.
3. Pakai sarung tangan sekiranya melakukan pekerjaan yang menggunakan bahan kimia seperti membuat kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan, mencuci lantai atau berkebun.
2. Kerap mengurut bahagian kutikel supaya kuku tangan tumbuh dengan baik, tidak mudah rapuh dan patah serta sentiasa kuat. Kuku kaki pula perlu disental untuk membuang kulit keras.
3. Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam.
4. Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku.
5. Sesekali belanjakan wang dan masa untuk melakukan rawatan spa agar kuku sentiasa sihat dan kuat.
6. memilih kasut yang bersesuaia agar kuku setiasa dapat 'bernafas'
7. Jumpa doktor sekiranya ada kemerahan atau perubahan di bahagian kutikel kuku atau kuku tertanggal dari jari.
meh kita ambik tahu... petua2 nenek dulu kala:
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.
Mengilatkan Kuku Kaki Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati. 
 Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60) * KANSER PAYUDARA apakah kanser payudara? kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara. kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.
Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:
* Lobus yang menghasilkan susu * Duktus yang menghantar susu ke puting * Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
Biasanya, kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.
JENIS2 KANSER PAYUDARA:
Kanser Duktus Kanser payudara yang paling biasa berlaku ialah kanser duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Kanser lobular pula bermula dari lobus atau lobul. Kanser jenis ini selalunya terdapat di beberapa tempat dalam payudara. Kanser payudara inflamasi pula merupakan kanser payudara yang jarang-jarang berlaku.
Kanser Payudara Inflamasi · Adalah sejenis kanser payudara yang khusus dan jarang berlaku. Payudara tersebut kelihatan seperti mengalami keradangan disebabkan oleh warnanya yang kemerahan dan keadaannya panas. Kulit payudara kelihatan menggerutu dan berbintil-bintil. Kanser payudara jenis ini cepat merebak.
Kejadian Semula · Kejadian semula ini bermaksud kanser tersebut muncul kembali setelah dirawat. Ia mungkin tumbuh dalam payudara, tisu lembut di dada ataupun di bahagian lain-lain dalam badan.
APAKAH YG MENYEBABKAN KANSER PAYU DARA?
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Walau bagaimana pun doktor2 berpendapat faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
~ Usia meningkat. - Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara
~ Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara. Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
~ Telah mendapat kanser pada satu payudara.
~ Mula datang haid awal (sblm umur 12 thn) atau putus haid lewat (selepas umur 50 thn) - risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda.
~ Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
~ Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
~ Jantina - (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita
~ Riwayat kanser payudara - Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
~ Riwayat keluarga dan faktor genetik Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
~ Pendedahan radiasi Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku. Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda.
~ Pemakanan Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian tlh menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payudara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol tlh membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
~ Saiz tubuh Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
~ Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG) Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.
Walau bagimana pun mempunyai faktor risiko tidak bererti anda tentu akan menghidapi penyakit kanser payudara! Risiko seseorang individu terhadap kanser payudara tidak boleh ditentukan dengan tepat di mana terdapatnya faktor-faktor lain seperti tabiat pemakanan, paras aktiviti harian, dan riwayat keluarga yang boleh mempengaruhi risiko tersebut.
PERINGKAT-PERINGKAT KANSER PAYU DARA
Peringkat I Ketumbuhan (tumor) berukuran kurang dari 2 sm (lebih kurang 1 inci) dan masih belum merebak keluar dari payudara.
Peringkat II Termasuklah salah satu dari yang berikut: ** Tumor berukuran kurang dari 2 sm. tetapi telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan ** Tumor berukuran 2-5 sm (1 - 2 inci) yang mungkin telah ataupun belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan. ** Tumor yang berukuran lebih daripada 5 sm. (lebih daripada 2 inci) tetapi masih belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
Peringkat III - (dibahagikan kepada peringkat IIIa dan IIIb) Peringkat IIIa Merupakan salah satu daripada yang berikut: ** Tumor yang lebih kecil daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan. Nodus limfa tersebut telah melekat sesama sendiri ataupun melekat dengan struktur lain. ** Tumor yang lebih besar daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan
Peringkat IIIB Terdiri dari salah satu daripada jenis berikut: ** Tumor telah merebak ke tisu di sekitar payudara (kulit atau dinding dada, termasuklah tulang rusuk dan otot di kawasan dada) ** Tumor tlh merebak ke nodus limfa, dalam dinding dada di spjg tulang dada.
Peringkat IV ** Tumor tlh merebak ke organ-organ lain, biasanya tulang , paru-paru, hati atau otak Atau ** Tumor telah merebak ke kulit dan nodus limfa di leher, berdekatan dengan tulang selangka.
BAGAIMANA KANSER PAYU DARA MEREBAK?
Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut: - Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
- Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
- Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
- Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payudara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telah pun merebak atau mengalami metastasis.
TANDA2 AWAL KANSER PAYU DARA
# Tanda Pada Puting - Perubahan dilihat pada payudara atau puting dr segi saiz dan bentuk · Puting berdarah (jarang berlaku) · Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku) Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada ecxema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian · Puting tertarik/terperosok ke dalam Puting tertarik/terperosok kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor.
# Perubahan dr segi saiz
# Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Keterangan: Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payu dara
# Permukaan kulit kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.
# Ketulan/tumbuhan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting. Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah
# Tanda pd lengan ketulan atau bengkak di sekitar ketiak
# Rasa Sakit Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat. Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang
JADI APA YG ANDA PERLU BUAT UTK MENCEGAH KANSER PAYU DARA?
Kanser payudara adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut. Dengan mengesan awal, pesakit kanser memperolehi 95% untuk sembuh. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Wanita yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. Pemeriksaan mamografi awal perlu dilakukan apabila mencapai umur antara 35 hingga 40 tahun. Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang. Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. Pemeriksaan mamografi rutin perlu dijalankan setiap tahun bagi wanita yang telah berumur 50 tahun ke atas. Wanita berumur 40-49 tahun perlu berjumpa doktor untuk menentukan keperluan menjalani mamografi.
BILA MESTI BUAT PSP? Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
BAGAIMANA MELAKUKAN PSP? Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.
Jika anda sudah tiada haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang anda boleh pilih untuk melakukan pemeriksaan ini. Lakukan salah satu daripada kaedah-kaedah di bawah yang anda rasa paling selesa.
>> Kaedah 1 Berdiri di hadapan cermin Cekak pinggang, tekan tutun perlahan2 ke bwh utk menegangkan otot dada dan menolak payu dara ke hadapan Perhatikan dgn teliti perubahan dr segi saiz, warna kontur setiap payudara. Lihat juga samada terdpt kedutan, lekukan atau puting tersorot ke bwh
Angkat kedua2 tgn ke atas kepala. Pusing perlahan2 dr sisi kanan ke sisi kiri Sekali lg perhatikan perubahan pd payudara Sambil memerhatikan di cermin, perlahan2 picit kedua2 puting dan perhatikan samada terdpt lelehan keluar. Periksa samada lelehan tersebut jernih atau mengandungi darah
>> Kaedah 2 Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP sewaktu mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun. Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan
>> Kaedah 3 Dalam kaedah ini, periksa payudara anda sewaktu berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala. Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit. Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah. Ulangi langkah-langkah yang sama pada payudara sebelah kiri...
KENAPA KANSER PAYUDARA MENINGKAT?
Menurut Majlis Kanser Malaysia (Makna) puncanya ialah: Perubahan gaya hidup, persekitaran, makanan dan cara pemprosesannya serta tekanan hidup. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad juga tidak menolak pandangan bahawa peningkatan kanser payu dara ketika ini mempunyai kaitan dengan gaya hidup wanita moden yang memilih untuk tidak menyusukan anak.
PESANAN ISTIMEWA
Pengesanan awal kanser payudara bukanlah tanggungjawab kaum wanita semata-mata. Kaum lelaki selaku ketua keluarga, abang atau teman lelaki yang prihatin perlu memainkan peranan penting untuk menggesa insan tersayang di dalam keluarga mereka menjalankan pemeriksaan mamografi.
Kaum lelaki di negara kita seharusnya lebih bertimbangrasa dengan lebih sensitif terhadap kesihatan pasangan mereka. Kesibukan mencari rezeki dan menguruskan keluarga yang terbeban di bahu kaum wanita di negara kita seharusnya perlu direnungkan kembali. Sebagai tanda penghargaan terhadap isteri, ibu atau adik perempuan mereka, kaum lelaki diseru agar mereka dapat memujuk dan membiayai kos bagi menjalani pemeriksaan mamografi pasangan dan wanita yang mereka kasihi.
Akhir kata saya menyeru agar semua kaum lelaki di negara kita bersama-sama berganding bahu membantu dan menyokong usaha kerajaan supaya wanita di negara kita menjalani pemeriksaan mamografi. 
 Kedudukan lebih tinggi dan renung ke bawah ketika lihat skrin posisi terbaik
MATA yang kering menyebabkan ketidakselesaan, kadang kala berasa sakit, gatal dan kemerahan. Sebenarnya, mata bergantung pada air mata yang secara berterusan melembapkan dan mengekal penglihatan selain membuatkan kita lebih selesa.
Secara saintifiknya, air mata adalah kombinasi air untuk melembapkan, minyak untuk melancarkan selain mukus, antibodi dan sejenis protein istimewa. Semua komponen ini dirembes oleh kelenjar sekitar mata. Apabila sistem air mata ini tidak stabil, mata akan menjadi kering. Ada juga sebab lain yang menjadikan mata kering. Ia mungkin disebabkan proses penuaan, kesan sampingan penggunaan sesetengah ubat dan penyakit misalnya rheumatoid arthritis. Ia juga boleh terjadi kerana udara kering yang dihasilkan oleh sistem penghawa dingin, cuaca yang panas atau keadaan persekitaran.
Dalam satu kajian ke atas pengguna kanta lekap mengesahkan penggunaan komputer sama ada untuk bekerja, belajar atau bermain, menjadi faktor utama terhadap fenomena mata menjadi kering.
Sindrom mata menjadi kering sering berlaku di kalangan pengguna kanta lekap kerana material pada kanta lekap itu menyerap protein dan komponen air mata yang lain. Ini menyebabkan terjadinya tompokan kering pada kanta lekap.
Advanced Medical Optics (AMO), pembuat produk titisan mata jenama Blink™ Contacts Eye Drops menjalankan kajian untuk mencari tiga lokasi dan faktor utama yang menyebabkan mata menjadi kering.
Dalam kajian itu kira-kira 100 pengguna kanta lekap yang berusia antara 15 hingga 55 tahun menyertai soal selidik yang diadakan bermula September 2007. Hasilnya, sekitar 68.8 peratus responden menyenaraikan penggunaan komputer sebagai faktor paling kerap yang menyebabkan mereka berasa mata menjadi kering.
Kajian dilakukan di Universiti Ohio State pula mendapati kekerapan mata berkelip menurun daripada purata 15 kelipan seminit ketika mata dalam keadaan tenang kepada 7.5 kelipan seminit meskipun hanya menjeling ke arah komputer pada paras 5 peratus daripada tempoh waktu kerja. Jumlah ini semakin menurun kepada hanya empat kelipan seminit apabila menjeling ke arah skrin sehingga ke paras 50 peratus.
Oleh kerana mata mengelip adalah cara semula jadi mata untuk merembeskan air mata dan menyegarkan kembali mata yang mengalami kekeringan, merenung tepat tanpa berkelip meskipun untuk tempoh singkat, boleh menyebabkan mata menjadi kering dengan lebih cepat. Ini kerana lapisan nipis air pada mata akan terserap lebih pantas.
Dalam kajian itu 14 peratus responden menyenaraikan berada di dalam kelab dan pub sebagai keadaan yang sering menyebabkan mata menjadi amat kering. Majoriti responden ini adalah mereka yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 29 tahun.
Maklum balas mereka ini sepadan dengan penyelidikan sebelum ini yang mengenal pasti asap termasuk asap daripada rokok menjadi satu faktor menyumbang kepada keadaan mata menjadi kering.
Selain itu, mereka yang sering menggunakan kapal terbang turut menyenaraikan kabin pesawat sebagai persekitaran yang menjadi punca utama mata kering (7.5 peratus).
Keputusan itu tidak mengejutkan kerana meskipun wujud banyak faktor persekitaran dalam pesawat yang menyumbang gejala mata tidak selesa (terutama kepada pengguna kanta lekap), penyelidikan terkini menunjukkan bahawa tahap kelembapan yang rendah dalam kabin berkemungkinan menjadi faktor utama mata menjadi tidak selesa.
Paras kelembapan kira-kira 50 peratus adalah tahap optimum untuk keselesaan mata dan secara perbandingan, kelembapan di Gurun Sahara dan Arab adalah sekadar 20 hingga 25 peratus.
Tahap kelembapan dalam kabin kapal terbang bagi perjalanan jarak jauh serta penerbangan di altitud tinggi, sering menjadi begitu rendah dan ada kalanya hanya mencatatkan paras kelembapan satu peratus. Ini menyebabkan mata menjadi kering, terutama di kalangan pengguna kanta lekap.
Responden turut menyenaraikan panggung wayang (5.4 peratus) dan kompleks beli belah (2.2 peratus) sebagai antara persekitaran yang menjadi punca mata menjadi kering.
Pengguna kanta lekap yang mengalami keadaan mata menjadi kering seharusnya memilih menitiskan titisan mata yang diformulakan untuk setiap keperluan penggunaan mereka, berbanding titisan mata biasa yang sebenarnya meningkatkan lagi tahap kekeringan mata. Antaranya, AMO blink™ yang mengandungi sodium hyaluronate iaitu bahan yang mencetuskan keadaan secara semula jadi pada lapisan mata untuk membantu melembap dan melincirkan mata kering pengguna kanta lekap.
Tahukan Anda ? Jika anda menaikkan kerusi di meja komputer supaya kedudukan anda lebih tinggi dan merenung ke bawah untuk melihat skrin komputer, anda mampu mengurangkan tahap pengeringan air mata kerana ia mengurangkan paras pendedahan kepada komputer. Langkah mudah untuk menjadikan mata anda berasa lebih selesa.

 BERKASUT tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita. Selain sebahagian daripada fesyen, penampilan akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.
Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.
Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.
Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm). Malah, dengan ketinggian begitupun, ia tidak boleh dipakai lebih dari tiga jam setiap hari secara berterusan.
Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung.
Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi. “Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung.
“Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus. “Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya. “Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.
Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang. “Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus. “Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus,” ujarnya.
Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.
Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang. “Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit.
Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu,” katanya.
Menurut Dr. Asmah, kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang. “Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis. “Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot,” katanya.
Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan. Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.
Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.
Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.
Jika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai. Menurut Dr. Asmah lagi, dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga.
Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat. Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.
Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.
“Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan. “Untuk lebih selesa, mereka digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan memberi keseimbangan.
“Jika masih berkeinginan untuk bergaya dengan kasut tumit tinggi, disarankan memakainya ketika kandungan belum lagi mencecah usia enam bulan,” katanya. Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung
* Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat. * Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki. * Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.

 HARI ini, lebih 240 juta manusia di seluruh dunia hidup dengan diabetes. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, angka ini dijangka akan meningkat kepada 380 juta.
Kanak-kanak sekalipun tidak terlepas daripada wabak yang membawa kepada komplikasi-komplikasi yang begitu menakutkan serta mengancam nyawa ini.
Diabetes menyebabkan kira-kira 5 peratus semua kematian dunia setiap tahun. Tanpa tindakan segera, kematian akibat diabetes mungkin akan meningkat sebanyak lebih 50 peratus dalam masa 10 tahun akan datang.
Diabetes ialah penyakit kronik yang muncul apabila pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin dengan mencukupi, atau apabila badan tidak dapat menggunakan insulin yang dikeluarkan itu secara berkesan.
Insulin ialah sejenis hormon yang diperlukan untuk menukar gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga untuk keperluan harian.
Hiperglikemia, atau peningkatan gula darah, merupakan kesan biasa penyakit diabetes yang tidak terkawal dan lama-kelamaan ia akan membawa kepada kerosakan yang serius kepada beberapa sistem badan, terutama sekali sistem saraf dan saluran darah.
Sekiranya komplikasi berkaitan diabetes ini tidak boleh dikurangkan, maka salah satu jalan untuk mencegah penyakit kronik ini ialah dengan mendidik diri sendiri.
Dengan mengetahui tanda dan gejala biasa penyakit ini di samping melakukan ujian glukosa darah yang sewajarnya, kita mungkin dapat membasmi gejala penyakit ini dari awal lagi.
TanDa-TanDa dan gEjaLa BiAsA
Kerap mengunjungi bilik air: Adakah anda terlampau kerap mengunjungi bilik air kebelakangan ini? Adakah anda berasa seperti mahu kencing sepanjang hari?
Kencing menjadi lebih kerap apabila terdapat terlampau banyak glukosa dalam darah.
Jika insulin tidak wujud ataupun tidak berkesan, maka buah pinggang anda tidak dapat menapis glukosa untuk mengembalikannya semula ke dalam darah.
Oleh yang demikian, buah pinggang akan dipenuhi glukosa dan ia cuba menarik lebih banyak air keluar daripada darah untuk mencairkan glukosa.
Ini menyebabkan pundi air kencing anda sentiasa penuh dan membuatkan anda selalu berlari ke bilik air.
Kehausan Yang Tidak Dapat Dipuaskan: Sekiranya anda sentiasa tidak puas minum dan minum lebih dari biasa, ini mungkin suatu tanda diabetes, terutamanya jika ia datang dengan kencing yang kerap.
Jika badan anda menarik lebih banyak air keluar daripada darah dan anda lebih kerap ke bilik air, anda akan mengalami penghidratan, maka lebih banyak lagi anda perlu minum untuk menggantikan air yang telah hilang itu.
Berat Badan Turun Tanpa Diusahakan: Gejala ini nampak lebih jelas pada diabetes jenis 1.
Dalam diabetes jenis 1, pankreas berhenti membuat insulin, kemungkinan disebabkan oleh serangan virus terhadap sel-sel pankreas ataupun kerana sesuatu tindakbalas autoimun yang membuatkan badan menyerang sel-sel yang mengeluarkan insulin.
Badan dengan nekad akan mencari sumber tenaga lain kerana sel-sel tidak memperolehi bekalan glukosa. Ia mula memecah-mecahkan tisu otot dan lemak untuk mendapatkan sumber tenaga.
Diabetes jenis 2 berlaku secara beransur-ansur dengan penentangan insulin semakin meningkat; oleh itu kehilangan berat badan tidaklah begitu terserlah dalam diabetes jenis ini.
Kelemahan dan Keletihan: Glukosa daripada makanan yang kita makan bergerak masuk ke dalam aliran darah di mana insulin akan membantu memudahkannya masuk ke dalam sel-sel badan kita.
Sel akan menggunakannya untuk mengeluarkan tenaga yang kita perlu untuk hidup.
Apabila insulin tiada di situ ataupun jika sel-sel tidak lagi bertindakbalas dengannya, maka glukosa akan terus berada di luar sel-sel dalam aliran darah. Sel-sel akan mengalami kekurangan tenaga dan anda akan berasa letih dan lemah.
Denyutan atau Kekebasan pada Tangan, Betis atau Kaki: Gejala ini dikenali sebagai neuropati. Ia berlaku secara beransur-ansur dalam masa yang panjang kerana kandungan glukosa yang tinggi secara konsisten dalam darah akan merosakkan sistem saraf, khususnya di tangan dan kaki.
Diabetes jenis 2 muncul secara beransur-ansur, dan ramai orang seringkali tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya.
Oleh itu, gula darah mungkin sudahpun berada pada tahap yang tinggi buat beberapa tahun lamanya sebelum pengesahan diabetes dilakukan.
Kerosakan saraf boleh menular tanpa disedari. Keadaan neuropati kerap kali boleh diperbaiki apabila kawalan glukosa darah diperketatkan.
Tanda-tanda dan gejala lain yang boleh berlaku: Penglihatan yang kabur, kulit kering dan gatal-gatal, selalu mendapat jangkitan, atau luka dan lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh, semua ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
Apabila tanda-tanda ini dikaitkan dengan diabetes, ia merupakan hasil daripada paras glukosa yang tinggi dalam badan.
Sekiranya anda ternampak mana-mana tanda tersebut, sila jumpa doktor secepat mungkin. Doktor dapat mengesahkan sama ada anda sedang berhadapan dengan masalah diabetes.
Suplemen-Suplemen Nutrisi Untuk Para Pesakit Diabetes dan Pradiabetes
Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula darah di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes. Nutrien-nutrien penting yang diperlukan pesakit diabetes dan pradiabetes dalam jumlah yang lebih tinggi berbanding daripada yang boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa ialah – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, Vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, Vitamin C, Vitamin E, Mangan, Zink, dan Selenium.
Vanadil Sulfat mungkin dapat memperbaiki kawalan glukosa bagi penghidap diabetes jenis 2. Telah dibuktikan bahawa Vanadil Sulfat dapat meningkatkan kesensitifan insulin.
Disebabkan terdapat kesan-kesan seumpama insulin pada Vanadil Sulfat, maka jumlah mineral surih yang tidak mencukupi ini seharusnya dielakkan oleh penghidap masalah ketidaknormalan gula darah.
Kromium membantu pesakit diabetes dan pradiabetes untuk merangsang kesensitifan insulin mereka dengan meningkatkan kedua-dua bilangan reseptor insulin pada sel- sel dan juga kegiatan reseptor tersebut.
Mengambil suplemen kromium akan mewujudkan pengawalan yang lebih baik terhadap gula dengan mengurangkan insulin.
Suplemen Biotin akan meningkatkan kesensitifan insulin serta menggiatkan aktiviti enzim glukokinase yang bertanggungjawab terhadap langkah pertama dalam penggunaan glukosa oleh hati.
Konsentrasi glukokinase pada penghidap diabetes adalah sangat rendah. Oleh itu, menambahkan suplemen Biotin dalam pemakanan akan memperbaiki kegiatan glukokinase dengan itu membantu menurunkan paras gula darah.
Asid Alfa Lipoik (ALA) telah pun digunakan selama lebih 30 tahun di Eropah (terutamanya di Jerman) untuk menentang kerosakan saraf pada mereka yang menghidapi diabetes (jenis 1 dan 2).
Asid Alfa Lipoik merupakan sejenis antioksida sejagat yang unggul dan amat berkuasa kerana ia larut air dan juga larut lemak.
Di samping menjadi antioksida yang amat berkuasa, ALA membantu badan dalam penggunaan glukosa, dengan itu berpotensi untuk memainkan peranan dalam memperbaiki pengawalan gula darah.
ALA akan mengurangkan komplikasi akibat daripada pemakanan gula yang tinggi. Oleh itu, mengetahui tanda dan gejala biasa seperti di atas amat bermanfaat kerana seseorang itu dapat melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan sebaik sahaja gejala seperti ini muncul.
Langkah pertama ialah melakukan perubahan gaya hidup – mengamalkan pemakanan yang sihat serta bersenam dengan kerap merupakan gaya hidup yang berhemat. 
 SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.
Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara.
Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).
Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.
Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.
Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.
“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.
Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.
“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.
Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.
“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya.
Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.
“Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.
siMpToM:
Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.
Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.
Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.
Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.
“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.
raWataN:
Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.
Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.
faKtA: Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama.
Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.
Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu.
Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.
Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang. 
 Cahaya matahari yang dipancarkan mengandungi spektrum cahaya bermula dari jarak gelombang 10 nonometer (nm) hingga ke 100 mikrometer (m) iaitu dari gelombang sinaran gamma hingga ke gelombang radio.
Di antara spektrum gelombang cahaya ini terdapat spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Bagaimana kita mengenali dan menghayati alam adalah dengan menggunakan jarak gelombang. Jarak gelombang adalah asas kepada kita mengenali dunia.
Kita menerima dan menganalisis jarak gelombang tertentu dengan dua organ utama iaitu mata dan telinga. Kita melihat cahaya melalui mata dan menangkap bunyi dengan telinga.
Dari gelombang radio hingga pancaran gamma, jarak gelombang semakin memendek, menyebabkan frekuensinya bertambah dan akan menyebabkannya menghasilkan tenaga yang semakin bertambah. Ini bermakna gelombang ini semakin berupaya menembusi sesuatu dan amat berbahaya pada mata.
Pendedahan pada cahaya matahari terlalu lama juga boleh mengakibatkan ketajaman penglihatan menurun, kehilangan kontras, silau, pening dan keletihan visual.
Spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah berjarak gelombang antara 380nm hingga 780nm iaitu antara cahaya Ultraungu (UV) dan Infra merah (IR).
Ini bermakna, mata manusia hanya mampu melihat cahaya antara jarak gelombang ini sahaja (380nm hingga 780nm). Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain. Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata.
Oleh itu, penggunaan cermin mata hitam yang sesuai adalah perlu bagi mengelakkan kesan negatif yang disebabkan oleh cahaya tersebut ke atas tisu mata. Cermin mata hitam selalunya dipakai untuk menghalang kesan cahaya matahari yang boleh mengganggu penglihatan dan merosakkan sel-sel mata.
Dalam kes-kes tertentu ia juga dipakai untuk kelihatan menarik. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga IR yang akan merosakkan tisu mata.
Cahaya UV dan cahaya biru juga mempunyai kesan resapan 10 kali lebih tinggi dibandingkan dengan cahaya IR. Sebahagian besar cahaya UV dari matahari diserap oleh lapisan ozon di atmosfera, namun sebahagian daripadanya masih dapat sampai ke permukaan bumi.
Pendedahan pada cahaya UV yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada mata seperti masalah katarak. Jadi cahaya UV berkenaan perlu dihalang daripada meresap masuk ke dalam mata.
Kegunaan cermin mata hitam:
Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut; 1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang. 2. Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru. 3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata. 4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata. 5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).
Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah mempunyai cermin gelap yang menghalang silau, dibuat dari bahan yang tahan lasak dan mempunyai kualiti menyerap cahaya UV.
Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata. Kandungan UV yang tinggi pula akan memberi kesan kepada mata. Pendedahan pada sinar UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah katarak kerana sebahagian besar cahaya UV akan diserap oleh kanta mata.
Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap. Sekiranya anda menggunakan cermin mata yang murah dan tidak mengikut piawaian, ia mungkin tidak berupaya menapis cahaya UV. Ini akan menyebabkan kerosakan tisu-tisu mata seperti tisu pada bahagian kelopak mata yang boleh membawa kepada kanser pada bahagian tersebut.
Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata.
Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata. Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina.
Kerosakan tisu retina boleh menyebabkan kebutaan.
Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa orang menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV, seperti; 1. Tujuan kosmetik (penampilan) 2. Bersukan atau riadah 3. Mengelak malu (menyorokkan muka)
Selain masalah tiada fungsi perlindungan UV, terdapat juga cermin mata hitam murah yang tidak dibuat dengan bahan yang tahan lasak.
Cermin mata hitam sebegini bukan sahaja tidak melindungi mata akibat penggunaan bahan tidak berkualiti, malahan boleh menyebabkan masalah seperti: 1. Pening. 2. Silau semakin teruk. 3. Keletihan mata. 4. Imej tidak sekata.
Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli cermin mata hitam, berbincang dengan pakar mata untuk mendapat ciri-ciri perlindungan yang diperlukan di samping mendapatkan rupa penampilan yang lebih menawan.

 Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka. Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom. Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi. Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
* tiDaK pErNah mEngAndUng
Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid. “Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom. “Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau. Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin. Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.
* diaGnoSis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear. “Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound. “Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh. Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal. Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat. Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”
* JeNis-JeNis fiBroiD
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya. - Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar. - Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus. - Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain. - Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. - Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan. - Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah. - Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
* waKtu sEsUai mEraWat fiBroiD
“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi. “Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh. Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia. Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil. Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran. Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu. Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi. Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan. “Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.
* raWatAn fiBroiD
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu. - Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil. - Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan. Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim. - Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid. Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen. Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar. - Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan. Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin. - Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor. Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
* NasiHat pAkaR
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk. Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri. Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita. Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.

 JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.
Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.
Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan d**enali sebagai bakteriosin.
Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.
Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.
Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).
Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960.
Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.
Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan ini juga d**enali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.
Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang d**enali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).
Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.
Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).
Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.
``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.
Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut.
Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.
Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhansel-sel kanser berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.
``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza.
Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.
Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.
Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser.
Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan.
``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

| |